Friday, September 30, 2016

Isteri Merajuk

Bismillah Dengan Nama Allah

Anak aku dijangkiti kudis buta, doktor kata penyakit ni sangat mudah berjangkit melalui sentuhan, pakaian, tempat tidur. Kemudian isteri aku pula dijangkiti. Menjadi kebiasaan sebelum pergi kerja aku akan bersalam dan mencium dahi isteri aku. Satu hari setelah isteri aku dijangkiti kudis buta, sebelum ke tempat kerja aku masih bersalam dengannya tetapi aku tidak mencium dahinya. Perbuatan ku telah membuatnya merajuk yang amat sangat. Katanya baru kena sakit sikit dah tak nak cium dia. Dia cakap aku tak sayangkan dirinya. Kenapa fikirannya terlalu sempit, dia tak fikir jauh ke depan. Kalau diikutkan aku tak boleh sentuh langsung dirinya. Tapi dia tak peduli, dalam keadaan dirinya begitu pun dia masih nak bersalam dengan aku. Aku tau dia perlukan perhatian, tapi berpadalah. Bukan aku jijik untuk menyentuhnya, tapi aku berfikir bagaimana kalau aku dijangkiti, sedangkan aku bekerja, aku khuatir aku akan meyebarkan penyakit berkenaan keluar sana. Jika tidak, sepanjang aku dijangkiti aku tak boleh keluar rumah, bukan tempoh sekejap, mungkin seminggu atau dua minggu. Aku bekerja sendiri, kalau aku tak kerja tak adalah pendapatan. Dan satu lagi aku tak boleh bercuti, kerja aku memerlukan pemantauan sepanjang hari, bagaimana bila ada pelanggan perlukan khidmat aku, bagaimana jika ada masalah ditapak yang perlukan penyelesaian segera, bagaimana jika ada pbt yang tak dapat memberikan kelulusan tanpa perbincangan dari aku. Semua kerja akan tertunda disebabkan kelewatan aku. Sebenarnya siapa yang tak sayang siapa. Aku tak sayang dia, atau dia yang tak sayang aku. Aku tak kisah kalau aku dijangkiti. Dia terlalu fikirkan perasaan sayang aku kepadanya, tapi dia tak fikir kalau benar dia sayang aku, tidaklah tergamak dia nak jangkitkan penyakit ni kepada aku, malah lebih parah aku pulak merebakkan penyakit ni diluar sana. Aku merasakan dia terlalu pentingkan diri sendiri. Aku berasa sangat sedih, dah dua hari merajuk, tunjuk muka masam je, aku tegur buat tak tau. Aku dah lah penat kerja, semalam aku cuma tidur 3 jam, aku buat kerja sampai 2 pagi, kemudian tidur, bangun 5 pagi sambung kerja lagi, 8 pagi siap2 nak kerja, tempat kerja lagilah macam2 hal. Mana aku tak stress, sekurang2nya tengok muka dia senyum hilang lah jugak stress aku. Ini tidak, tengok muka dia lagi aku bertambah stress. Ya Allah hanya kepada mu aku mengadu, kasihanilah aku.....

Aku sendiri bila susah, tak tergamak nak buat dia susah juga. Aku bekerja siang malam, di saat dia melengkar depan tv, aku masih mengadap komputer menyiapkan kerja aku. Aku tak pernah kisah pun. Tapi bila dia tengah buat kerja rumah tapi aku mengadap hp, dia boleh marah pulak. Pada aku dia kerja dah cukup rileks, pagi dalam pukul 11 dia boleh tidur. Malam dalam pukul 2 dia boleh tidur. Aku tak pernah cemburu, malah aku rasa gembira sebab boleh menyenangkan dia.

Monday, October 17, 2011

Beri wang kepada mak abah setiap bulan

Setiap bulan aku akan beri wang kepada mak dan abah aku. Satu hari adik perempuan aku hantar sms nak pinjam rm400, katanya nak buat pendahuluan bayar muka beli motor, sebab adik aku ni nak mula kerja, takde kenderaan susah katanya. Nak guna motor adik lelaki aku yang menganggur tu, adik lelaki aku tak bagi pulak. Sedangkan adik lelaki aku tu ada 2 motor. Dah lah menganggur, patutnya bila ada adiknya yang nak kerja dan nak guna motor, bagi lah pakai, ini tidak. Langsung tak fikirkan masalah orang. Aku fikir adik aku tak dapat guna motor adik lelaki aku tu sebagai salah satu alasan je. Sebenarnya dia pun nak ambil kesempata untuk miliki motor sendiri.

Aku fikir pertolongan yang adik aku minta tu takde lah mendesak sangat. Dulu aku kerja pun takde kenderaan, ke hulu hilir aku naik bas. Aku kerja sampai bertahun untuk kumpul duit beli kenderaan sendiri. Aku takde lah nak minta tolong orang lain. Pada aku, nak ada kenderaan sendiri aku kena usaha sendiri. Dan bila adik perempuan aku minta tolong aku malas lah nak tolong, biarlah dia usaha sendiri. Kerja dulu dan simpan duit sampai cukup untuk bayar muka motor. Sepatutnya adik lelaki aku penganggur terhormat tu bagi lah pakai motor.

Tapi keesokan harinya mak aku telefon. Pagi-pagi lagi dah tipon, aku pun lum bangun tidur lagi. Bila dah bangun aku tengok tipon aku ada mis call dari mak aku, aku pun tipon lah. Mak aku tanya pasal sms yang adik aku hantar semalam, macam mana aku boleh tolong tak. Rupa-rupanya mak aku sendiri yang suruh adik aku minta tolong dari aku. Adeh, macam mana ni, dahlah tiap-tiap bulan bagi duit, bila ada hal minta duit lagi, kalau keadaan mendesak aku tak kisah, kalau ikutkan aku memang aku tak nak tolong, tapi bila mak aku yang minta, aku dah jadi serba salah, kalau dengan mak aku ni aku memang langsung tak berani nak bersuara, tak berani aku nak tegur. Takut-takut kalau aku tersilap cakap terasa pula orang tua tu. Sebab aku fikir kalau aku dah buat mak aku kecik hati, sia-sia lah amalan aku selama ni. Jadi aku pun cakap lah aku akan tolong. Walau pun dalam poket aku pun dah tak cukup duit ni. Apa yang aku fikir aku akan guna dulu duit kawan aku yang sepatutnya aku pulangkan.

Keesokan harinya sebelum aku masukkan duit kedalam akaun adik aku, aku ada dengar-dengar pelanggan aku nak bayar tunggakan hutang yang dah berbulan-bulan tak bayar. Jumlahnya boleh tahan lah juga. Pada tengah hari aku pun masukkan duit dalam akaun adik aku. Selepas je aku balik semula kat ofis, aku dapat panggilan dari ofis pelanggan aku tu mengatakan cek bayaran untuk aku telah siap.

Aku terus teringatkan pertolongan yang mak aku minta. Ini lah balasan yang Allah berikan sebab aku tolong mak aku. Ya Allah, besarnya kekuasaan Mu. Alhamdulillah. aku benar-benar bersyukur.

Kepada kawan-kawan, kat bawah ni aku ada sertakan soal jawab agama yang ada sedikit persamaan dengan kes aku ni. Semoga ia dapat berikan kita pengajaran.

"SAYA memperuntukkan wang perbelanjaan sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan ibu saya, sehingga adakalanya saya terpaksa ‘menipu’ suami semata-mata ingin memenuhi kehendak ibu.

Namun begitu, saya agak berkecil hati dengan ibu saya kerana ibu saya seolah-olah tidak menghargai pemberian ikhlas saya itu.

Ibu selalu membandingkan saya dengan anak orang lain yang memberi wang lebih banyak. Begitu juga dengan keperluannya yang lain, ibu mahukan barangan yang harganya lebih mahal, malah ada yang saya sendiri tidak mampu memiliki barang itu. Adakah berdosa jika saya menegur sikap ibu itu?

SITI SHARIZA 
Senawang


Apa yang puan lakukan dengan memberi ihsan kepada ibu sekadar yang termampu adalah sesuatu yang terpuji di sisi agama.
Lakukan dengan ikhlas dan haraplah pembalasannya daripada Allah. Jika ibu tidak menghargai apa yang diberikan, puan tidak perlu khuatir kerana puan hanya perlu mengharap balasan daripada Allah.

Tidak mudah menegur orang tua apalagi seorang ibu. Jika mahu juga menegur lakukan dengan hikmah supaya dia tidak terasa hati.

Jika dengan menegur akan mengeruhkan lagi keadaan dan membuat ibu puan terasa hati, maka lebih baik berdiam. Serahkan segala amal kebajikan kita untuk dikira dan dihisab oleh Allah. "