Aku fikir pertolongan yang adik aku minta tu takde lah mendesak sangat. Dulu aku kerja pun takde kenderaan, ke hulu hilir aku naik bas. Aku kerja sampai bertahun untuk kumpul duit beli kenderaan sendiri. Aku takde lah nak minta tolong orang lain. Pada aku, nak ada kenderaan sendiri aku kena usaha sendiri. Dan bila adik perempuan aku minta tolong aku malas lah nak tolong, biarlah dia usaha sendiri. Kerja dulu dan simpan duit sampai cukup untuk bayar muka motor. Sepatutnya adik lelaki aku penganggur terhormat tu bagi lah pakai motor.
Tapi keesokan harinya mak aku telefon. Pagi-pagi lagi dah tipon, aku pun lum bangun tidur lagi. Bila dah bangun aku tengok tipon aku ada mis call dari mak aku, aku pun tipon lah. Mak aku tanya pasal sms yang adik aku hantar semalam, macam mana aku boleh tolong tak. Rupa-rupanya mak aku sendiri yang suruh adik aku minta tolong dari aku. Adeh, macam mana ni, dahlah tiap-tiap bulan bagi duit, bila ada hal minta duit lagi, kalau keadaan mendesak aku tak kisah, kalau ikutkan aku memang aku tak nak tolong, tapi bila mak aku yang minta, aku dah jadi serba salah, kalau dengan mak aku ni aku memang langsung tak berani nak bersuara, tak berani aku nak tegur. Takut-takut kalau aku tersilap cakap terasa pula orang tua tu. Sebab aku fikir kalau aku dah buat mak aku kecik hati, sia-sia lah amalan aku selama ni. Jadi aku pun cakap lah aku akan tolong. Walau pun dalam poket aku pun dah tak cukup duit ni. Apa yang aku fikir aku akan guna dulu duit kawan aku yang sepatutnya aku pulangkan.
Keesokan harinya sebelum aku masukkan duit kedalam akaun adik aku, aku ada dengar-dengar pelanggan aku nak bayar tunggakan hutang yang dah berbulan-bulan tak bayar. Jumlahnya boleh tahan lah juga. Pada tengah hari aku pun masukkan duit dalam akaun adik aku. Selepas je aku balik semula kat ofis, aku dapat panggilan dari ofis pelanggan aku tu mengatakan cek bayaran untuk aku telah siap.
Aku terus teringatkan pertolongan yang mak aku minta. Ini lah balasan yang Allah berikan sebab aku tolong mak aku. Ya Allah, besarnya kekuasaan Mu. Alhamdulillah. aku benar-benar bersyukur.
Kepada kawan-kawan, kat bawah ni aku ada sertakan soal jawab agama yang ada sedikit persamaan dengan kes aku ni. Semoga ia dapat berikan kita pengajaran.
"SAYA memperuntukkan wang perbelanjaan sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan ibu saya, sehingga adakalanya saya terpaksa ‘menipu’ suami semata-mata ingin memenuhi kehendak ibu.
Namun begitu, saya agak berkecil hati dengan ibu saya kerana ibu saya seolah-olah tidak menghargai pemberian ikhlas saya itu.
Ibu selalu membandingkan saya dengan anak orang lain yang memberi wang lebih banyak. Begitu juga dengan keperluannya yang lain, ibu mahukan barangan yang harganya lebih mahal, malah ada yang saya sendiri tidak mampu memiliki barang itu. Adakah berdosa jika saya menegur sikap ibu itu?
SITI SHARIZA
Senawang
Apa yang puan lakukan dengan memberi ihsan kepada ibu sekadar yang termampu adalah sesuatu yang terpuji di sisi agama.
Lakukan dengan ikhlas dan haraplah pembalasannya daripada Allah. Jika ibu tidak menghargai apa yang diberikan, puan tidak perlu khuatir kerana puan hanya perlu mengharap balasan daripada Allah.
Tidak mudah menegur orang tua apalagi seorang ibu. Jika mahu juga menegur lakukan dengan hikmah supaya dia tidak terasa hati.
Jika dengan menegur akan mengeruhkan lagi keadaan dan membuat ibu puan terasa hati, maka lebih baik berdiam. Serahkan segala amal kebajikan kita untuk dikira dan dihisab oleh Allah. "
Lakukan dengan ikhlas dan haraplah pembalasannya daripada Allah. Jika ibu tidak menghargai apa yang diberikan, puan tidak perlu khuatir kerana puan hanya perlu mengharap balasan daripada Allah.
Tidak mudah menegur orang tua apalagi seorang ibu. Jika mahu juga menegur lakukan dengan hikmah supaya dia tidak terasa hati.
Jika dengan menegur akan mengeruhkan lagi keadaan dan membuat ibu puan terasa hati, maka lebih baik berdiam. Serahkan segala amal kebajikan kita untuk dikira dan dihisab oleh Allah. "
No comments:
Post a Comment